4 Dalam perjuangan melawan dosa, kamu belum lagi bertahan sehingga tumpah darahmu. 5 Kamu telah melupakan nasihat yang disampaikan kepadamu seperti kepada anak-anak sendiri:
12 Oleh itu, kuatkanlah tangan yang lesu dan lutut yang lemah, 13 serta buatkan lorong yang lurus bagi kakimu, supaya yang tempang tidak terpelecok tetapi sembuh.
14 Berusahalah mendapatkan perdamaian dengan semua orang, serta kesucian; tanpanya tiada sesiapapun dapat melihat Tuhan. 15 Awaslah, jangan sampai ada sesiapapun yang tidak mendapat kasih kurnia Allah. Jangan biarkan kepahitan menimbulkan kekacauan, sehingga ramai yang tercemar. 16 Janganlah ada di antaramu penzina atau pencinta dunia seperti Esau, yang menjualkan hak warisannya untuk sesuap makanan. 17 Kamu ketahui bahawa kemudiannya, apabila dia hendak mewarisi berkat itu, dia ditolak, kerana dia tidak mendapat ruang untuk bertaubat, walaupun dia memohon berkat itu dengan air mata.
18 Kamu tidak pernah datang ke gunung yang dapat disentuh dan menyala dengan api, ke dalam gelap-gelita serta ribut taufan, 19 dan bunyi sangkakala bersama suara yang menuturkan kata-kata, sehingga sekalian yang mendengarnya merayu supaya kata-kata itu tidak dilafazkan lagi kepada mereka. 20 Mereka tidak tahan mendengar apa yang diperintahkan: ‘Jika seekor binatang pun menyentuh gunung ini, ia mesti direjam dengan batu atau ditembusi dengan anak panah.’ 21 Penglihatan itu begitu menggerunkan sehingga Musa berkata, ‘Aku amat ketakutan dan menggeletar.’
22 Tetapi kamu telah datang ke Gunung Sion dan ke kota Allah yang hidup, Baitulmaqdis yang di syurga, kepada para malaikat yang tidak terkira banyaknya, 23 ke perhimpunan besar dan ke jemaah anak sulung yang didaftarkan di syurga, kepada Allah Hakim ke atas sekaliannya, kepada roh-roh orang benar yang telah disempurnakan, 24 kepada Isa, Pengantara perjanjian baru, dan kepada darah renjisan yang menuturkan perkara-perkara yang lebih baik daripada darah Habil.
25 Jangan sekali-kali kamu ingkar kepada Dia yang bersuara. Mereka yang ingkar kepada Dia yang bersuara di bumi tidak dapat lari daripada kebinasaan. Lebih-lebih lagi dengan kita, jika kita berpaling daripada Dia yang bersuara dari syurga. 26 Dulu suara-Nya menggoncang bumi. Tetapi sekarang Dia telah berjanji: ‘Sekali lagi Aku menggoncang bukan sahaja bumi tetapi juga syurga.’ 27 ‘Sekali lagi’ ini bermaksud bahawa segala yang digoncang, iaitu semua benda buatan akan dihapuskan manakala segala yang tidak dapat digoncang akan tetap wujud.
28 Oleh sebab kita menerima sebuah kerajaan yang tidak dapat digoncang, biarlah kita mendapat kasih kurnia, kerana dengannya kita dapat menjalankan kehendak Allah secara yang diredai-Nya, dengan penuh hormat dan takut akan Dia. 29 Allah Tuhan kita adalah api yang menghanguskan.
<- Ibrani 11Ibrani 13 ->